fbpx
Anggota penguat kuasa MDPP menjalankan operasi menangkap lembu berkeliaran di Pasir Puteh semalam. FOTO IHSAN MDPP

13 lokasi lembu rayau dikenal pasti di Pasir Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mengenal pasti sebanyak 13 lokasi tumpuan haiwan rayau terutamanya lembu yang dilepaskan oleh penternak di daerah ini.

Yang Dipertua MDPP, Kamaruzaman Ab. Wahab berkata, lokasi terbabit antaranya Jalan Pejabat Pendidikan Daerah, Taman Kobena, Taman Sri Aman, Jalan Jeram Pasu, Jalan Kampung Jeram, Jalan Cherang Tuli, Jalan Tok Bali, Telaga Papan, Kampung Gajah Mati, Cherang Ruku, Kampung Dalam Rhu, Gong Kedak dan Kampung Nara.

Katanya, bertindak atas maklumat, anggota penguat kuasa MDPP menahan sebanyak empat ekor lembu berkeliaran tanpa pengawasan berjaya ditangkap dalam Operasi Bersepadu Haiwan Rayau semalam.

“Operasi itu dijalankan di 13 lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan haiwan rayau berdasarkan aduan orang awam.

“Semua lembu yang ditangkap kini ditempatkan di pusat tahanan haiwan yang boleh dituntut semula oleh pemilik selepas membayar kompaun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamaruzaman memberitahu, haiwan yang ditangkap juga akan dilelong sekiranya pemilik gagal membuat tuntutan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh tangkapan.

Katanya, MDPP mengingatkan semua penternak supaya tidak membiarkan haiwan ternakan berkeliaran kerana tindakan itu boleh mengundang kemalangan jalan raya, mengancam keselamatan pengguna jalan raya serta mengganggu ketenteraman penduduk. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN