fbpx
SEORANG pekerja menguruskan ribuan bangkai ayam ternakan Sarep yang mati ekoran masalah pengudaraan di reban miliknya di Kota Tinggi tahun lalu.

29,404 ekor ayam ‘lemas’ sebelum sempat dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehilangan hampir 30,000 ekor ayam sehingga kerugian RM400,000 tahun lalu tidak mematahkan semangat seorang penternak muda untuk meneruskan perusahaan yang dibina sejak tujuh tahun lalu.

Meskipun terpaksa meng­guna­kan wang simpanan sebagai modal pusingan, Sarep Zahin, 30, memilih untuk bangkit dan menjadikan pengalaman pahit sebagai pengajaran dalam mengembangkan perniagaannya.

Menurut Sarep, kejadian pada hari raya kedua tahun lalu berlaku apabila ladang ternakannya di Kota Tinggi, Johor mengalami masalah teknikal bekalan elektrik sehingga menjejaskan sistem pengudaraan reban.

Ketika kejadian, graduan Kejuruteraan Mekanikal Universiti Malaysia Perlis itu berada di rumah saudara sebelum dimaklum­kan oleh pe­kerjanya.

“Paling terkilan, ayam-ayam itu hanya menunggu masa dua ha­ri lagi untuk dijual. Saya berasa amat tertekan, kerana itu kerugian ter­besar yang pernah di­alami sepanjang menjalankan perniagaan ini,” katanya ketika dihubungi Kos­mo!.

Lelaki itu pernah berde­pan ke­matian 9,000 ekor ayam sebelum ini. Kejadian itu membuat Sa­rep hilang kata-kata, namun ra­mai yang memberikan kata-kata semangat.

Katanya, keyakinan terhadap rezeki Allah turut menjadi sumber kekuatan untuk meneruskan perusahaan tersebut.

“Allah sudah menggantikan ke­hilangan itu dengan perkara yang baik dan rezeki yang lebih ba­nyak. Cabaran itu me­ngajar saya supaya tidak mudah me­nyerah kalah apabila diuji,” ujarnya.

Sarep mula berniaga sejak zaman universiti sebelum menimba pengalaman bekerja di ladang ternakan ketika berusia awal 20-an. Peluang dalam bidang itu bermula selepas Sarep berkenalan dengan seorang pemilik ladang yang mempunyai reban kosong dan menyewa kemudahan itu.

Sarep turut menasihatkan orang muda supaya menggunakan usia dan tenaga yang ada untuk bekerja keras dan berani mencuba perkara baharu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN