fbpx
SALBIAH (tiga dari kiri) pada Hari Terbuka Prismanita & Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita @ Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT) Perak 2026 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Keluarga dua remaja ditemukan maut di Flat Sungai Pari stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Emosi keluarga dua pelajar perempuan yang berumur 14 tahun ditemukan maut di Flat Sungai Pari, Buntong di sini pada Jumaat minggu lalu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut dalam keadaan terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed  berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut kerana kes masih berjalan.

Menurutnya, berdasarkan portfolio (tugasnya) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah turun menyantuni keluarga dua pelajar perempuan tersebut.

“Kita melihat dari segi kesan psikologi keluarga. Mana-mana keluarga pun tidak mudah untuk menerima sekiranya ada anggota keluarga yang meninggal dunia atau mati mengejut.

“Ia bukanlah satu perkara yang boleh semuanya (keluarga) terima. JKM telah turun menyantuni keluarga dan kita melihat mereka dalam keadaan terkawal,” katanya kepada pemberita di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Katanya, tiada keperluan waris kepada kedua-dua pelajar perempuan itu menjalani sesi kaunseling secara berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN