fbpx
KEADAAN kereta yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut mengorbankan tiga orang di Kilometer 95 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Maran hari ini

Tiga maut kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Tiga maut dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 95 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Myvi iaitu Masitah Mohd Soad,59, dan Salbiah Mohamad Sah,76, serta penumpang kereta jenis Perodua Alza iaitu Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha’ari.

Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi itu melibatkan kereta jenis Perodua Myvi, dan kereta jenias Perodua Kancil serta kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Masjid Kampung Paya Pasir di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian ketika sedang bergerak lurus tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Perodua Alza dari arah bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Myvi.

“Kemudian datang kereta jenis Perodua Kancil dari arah Temerloh terlanggar bahagian sebelah kiri Perodua Alza yang telah berhenti di jalan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN