fbpx
ABDUL LATIF memberi makan kepada lembu sado miliknya di Kampung Sungai Lesong, Tapah hari ini.

Lembu sado Abdul Latif tidak laku menjelang Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Seorang penternak lembu sejak 13 tahun lalu mengeluh kerana permintaan terhadap haiwan ruminan itu merosot pada radius 20 hingga 30 peratus selain dua ekor lembu sadonya masih tidak terjual menjelang Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Menurut Abdul Latif Abd. Rashid, 43, kekurangan permintaan itu mungkin berpunca kerana ramai pengguna mengambil pendekatan berjimat-cermat kerana konflik Asia Barat selain kenaikan harga diesel yang memacu kos pengangkutan serta kenaikan barangan makanan seperti dedak dan jagung.

“Dahulu, ramai minat dengan lembu sado kerana harganya yang berpatutan selain isi daging banyak tetapi tahun ini dua ekor lembu sado iaitu jenis limosin dan brahman yang masing-masing berharga RM14,000 dan RM16,000 masih tidak laku.

“Malah, permintaan lembu sempena Aidiladha kali ini merosot sekitar 20 hingga 30 peratus iaitu 12 ekor setakat ini berbanding pernah sehingga 15 ekor selain kebanyakannya ialah pelanggan tetap terdahulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Sungai Kurong di Tapah hari ini.

Katanya, masih terdapat baki 30 ekor lembu dikandangnya yang memerlukan kos penjagaan yang tinggi setiap hari.

“Lori milik saya pun telah lama tersadai dan tidak digunakan cuma pendekatan menjual secara terus kepada pelanggan sedikit sebanyak telah mengurangkan kos yang ditanggung.

“Sebagai contoh pada awal Ramadan lalu dan menjelang Hari Raya Aidilfitri, saya sembelih dua hingga tiga ekor lembu untuk dijual secara terus kepada pelanggan selain bekalkan ke pasar barulah dapat untung sikit,” katanya.

Jelasnya, untuk seekor lembu, kadar untung bersih sekitar RM500 selepas ditolak kos makanan, minuman, pengangkutan, penyembelih, rumah sembelihan dan kos-kos tersembunyi yang lain.

Abdul Latif berharap lembu import dari Thailand dapat dikurangkan dipasarkan di negara ini untuk kelangsungan penternak lembu tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN