fbpx

Proton X50 dijual pada harga RM1 di Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang membeli model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu Proton, X50 pada harga hanya RM1 menerusi Jualan Hebat 11.11 di platform e-dagang, Shopee.

Selain tawaran sekali seumur hidup itu yang terhad kepada seorang pembeli bertuah, pe­langgan berpeluang membeli Samsung Galaxy Note20, soundbar, jam tangan, set barang kemas dan banyak lagi hanya pada  RM1.

Tidak hanya untuk membeli belah, Shopee turut menganjurkan pelbagai aktiviti hiburan ketika kebanyakan rakyat Malaysia perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dengan membawakan selebriti popular.

Ia termasuk membawa watak komedi kegemaran ramai, Phua Chu Kang menerusi penstriman secara langsung pada 10 November, bermula 8 malam.

Turut dijadualkan membuat penampilan ialah Anuar Zain, Ella, Shila Amzah, Floor 88, Wany Hasrita, Dolla dan Azzam Sham dalam Shopee 11.11 Big Show bermula pukul 9 malam pada 11 November yang dapat disaksikan di Shopee Live, TV3, Tonton serta YouTube.

Shopee menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini berkata, Jualan Hebat Shopee 11.11 disertai lebih daripada 1,200 jenama dan peruncit serta 800,000 penjual.

“Terdapat lebih 100 juta produk untuk dipilih dan banyak lagi yang ditawarkan pada diskaun 99 peratus dengan harga serendah 11 sen semasa Jualan Kilat Shocking Sale.

“Shopee turut menurunkan perbelanjaan minimum daripada RM40 kepada RM11 untuk pengguna menikmati perkhidmatan penghantaran percuma,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI