fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Filzahfyfy di laman Threads.

[VIDEO] Rider ‘OCD’ susunkan selipar rumah pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan mencuri perhatian ramai apabila rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakannya menyusun selipar di hadapan rumah pelanggan sebelum menyerahkan pesanan makanan.

Rakaman CCTV yang dimuat naik di laman Threads oleh @Filzahfyfy menunjukkan penghantar makanan berkenaan meletakkan makanan terlebih dahulu sebelum membongkok dan menyusun beberapa pasang selipar yang berselerak di anjung rumah.

Pemilik rumah menerusi kapsyen hantaran meluahkan rasa terhibur dengan sikap rajin penghantar makanan itu yang sanggup mengemas selipar pelanggan walaupun perkara tersebut bukan sebahagian daripada tugasnya.

“Saya sangat suka dengan penghantar makanan KFC Serdang ini. Dia terlalu rajin sehingga sanggup menyusun selipar di hadapan rumah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat tindakan itu mungkin didorong oleh sifat obsesif-kompulsif (OCD) atau sekadar tabiat individu yang tidak selesa melihat barang berselerak.

Seorang pengguna, @Suhaizahk, berkata terdapat segelintir individu yang tidak boleh melihat kasut atau selipar bersepah.

“Memang ada lelaki yang tidak boleh melihat kasut atau selipar berselerak. Walaupun itu bukan rumahnya, dia tetap akan menyusunnya. Mungkin itu disebabkan sifat OCD,” katanya.

Sementara itu, @Min_angler86 mengakui dirinya turut mempunyai tabiat yang sama.

“Saya juga begitu. Saya tidak boleh melihat keadaan berselerak kerana tangan terasa gatal untuk mengemasnya. Agaknya ada ubat untuk tabiat seperti ini?” katanya.

Dalam pada itu, @Amaasarra berkongsi dia pernah mengenali seorang bekas pelajar tahfiz yang mempunyai sikap serupa kerana sudah terbiasa menyusun selipar sejak di bangku sekolah.

“Saya mempunyai seorang kenalan yang belajar di tahfiz. Apabila ditanya, dia mengakui sudah terbiasa menyusun selipar sejak zaman belajar lagi. Walaupun nampak seperti perkara kecil, ia sebenarnya memberi manfaat kepada orang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN