fbpx
TANGKAP layar menunjukkan kedai makan yang dibuka di kawasan tanah perkuburan. - kumparan

Kedai makan tengah kubur jadi pilihan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Karawang, Jawa Barat mengambil pendekatan luar biasa dengan membuka kedai makan di tengah-tengah kawasan perkuburan, lapor portal berita kumparan.

Pengusaha dikenali sebagai Ida Nengsih, 50, memilih lokasi unik tersebut yang terletak di Tanah Perkuburan Umum (TPU) Karangpamulang, Kampung Sukasari di Karawang Timur.

Kedai makan tersebut  bercantum dengan sebuah rumah yang  yang bersempadan kawasan perkuburan.⁠

Kawasan kedai itu nampak tenang, manakala sinaran lampu berwarna-warni menghiasi pepohon sekitar  serta siling kedai makan ringkas tersebut.⁠

Oleh sebab lokasinya yang bersempadan dengan kawasan kubur, meja dan kerusi untuk pelanggan diletakkan di celah-celah makam. 

Sungguhpun begitu, tiada seorang pun pengunjung yang berasa takut, malah, beberapa pengunjung kelihatan begitu santai menikmati makan malam mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN