fbpx

Quartararo akui Brno litar sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO mengakui Litar Brno tidak memberi kelebihan kepada jentera Yamaha menyebabkan dia bakal berdepan kesukaran. – AFP

BRNO – Pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo menolak dakwaan bahawa ketiadaan juara bertahan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP), Marc Marquez mencerahkan peluangnya untuk terus mendominasi Grand Prix (GP) Republik Czech esok.

Sebagai rekod, Quartararo kini berada dalam prestasi terbaik selepas menjuarai GP Sepanyol dan GP Andalusia sebelum ini.

Namun, keupayaan jaguh dari Perancis itu dipersoal memandangkan kejayaan yang diperoleh ekoran ketiadaan Marquez yang mengalami kecederaan serius pada saingan GP Sepanyol sekali gus terlepas terpaksa melupakan saingan GP Andalusia dan GP Republik Czech musim ini.

Quartararo mengakui cabaran sebenar adalah saingan di Litar Brno minggu ini memandangkan keadaan trek tersebut tidak begitu memberangsangkan buat jentera Yamaha M1 berdasarkan rekod sebelum ini.

“Dua saingan GP sebelum ini berlangsung di Litar Jerez yang sememangnya memberi kele­bihan buat jentera Yamaha. Cabaran di Brno pula berbeza dengan banyak selekoh dan saya percaya saingan tetap sengit meskipun tanpa kehadiran Marquez.

“Dia tidak bernasib baik apabila mengalami kecederaan pada perlumbaan pertama tetapi itulah lumrah saingan MotoGP. Ketiadaannya tidak memberi kele­bihan apa-apa kepada kami,” katanya.

Mengulas lanjut, Quartararo enggan memikirkan tentang tekanan yang diberikan oleh pasukan selepas berpotensi meme­cahkan dominasi Marquez untuk menjuarai gelaran dunia.

“Saya tidak mahu memikirkan tentang kejuaraan kerana baru sahaja memasuki tiga perlumbaan. Apa yang penting buat saya adalah fokus satu perlumbaan ke satu perlumbaan dan saya mahu berlumba tanpa sebarang tekanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI