fbpx

Prestasi Rossi belum meyakinkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI bertekad untuk menampilkan tunggangan yang lebih baik pada siri perlumbaan MotoGP di Eropah bermula minggu depan. – AFP

DOHA – Pelumba Petronas SRT, Valentino Rossi mengakui, belum pasti jika prestasi buruknya sewaktu perlumbaan di Qatar akan kembali ke tahap sebenar apabila saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) kembali ke bumi Eropah minggu depan.

Rossi, 42, gagal meraih podium meskipun juara dunia sembilan kali itu cemerlang pada sesi kelayakan dan memulakan saingan pada petak keempat di Litar Antarabangsa Losail, apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-12.

Pada pusingan kedua di Grand Prix Doha, Rossi sekali lagi dihimpit masalah pada jenteranya dan terpaksa memulakan perlumbaan pada petak ke-21 sekali gus gagal meraih sebarang mata apabila mengakhiri saingan di tempat ke-16.

Lebih memeritkan apabila bekas pasukannya, Yamaha yang kini diisi pelumba muda Perancis, Fabio Quartararo berjaya meraih kemenangan meskipun menggunakan jentera yang sama iaitu YZR-M1.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada perlumbaan seterusnya. Bagaimanapun, Eropah mempunyai banyak litar yang bagus untuk saya dan berharap kami kembali kuat apabila bersaing di sana nanti.

“Kami menemui beberapa pelarasan berbeza sewaktu perlumbaan terutama pada komponen elektronik yang mana saya dapat mengikut rentaknya secara berterusan.

“Malangnya, kami hanya mampu tampil baik di sebelah pagi. Ia menjadi sangat berbeza ketika perlumbaan kerana ketika itu saya memulakan saingan di barisan belakang.

“Perlumbaan seterusnya pasti sukar kerana semua pasukan memberi tentangan cukup hebat. Kami akan cuba bangkit dan memahami keadaan jentera dari semasa ke semasa bermula di Portimao, Portugal ,” kata Rossi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI