fbpx
SESKO dianggap berjaya mengharungi musim pertamanya di England apabila meledak 12 gol biarpun hanya dimasukkan sebagai pemain gantian. - AFP

Minat Bayern resahkan Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Manchester United berada dalam keadaan terancam ketika ini apabila penggempur mereka, Benjamin Sesko dilapor menjadi buruan gergasi Bundesliga, Bayern Munich.

Bayern menamakan penyerang antarabangsa Slovenia itu sebagai pemain yang cuba diburu, malah menjadikan pemain itu sebagai pengganti jangka panjang pemain bintang mereka, Harry Kane yang semakin berusia.

United mendapatkan Sesko menerusi perpindahan bernilai £74 juta (RM405.78 juta) pada musim panas lalu dan bekas penyerang RB Leipzig tidak menunggu lama untuk membuktikan kualitinya apabila meledak 12 gol untuk musim pertamanya di Old Trafford.

Sebelum menyertai United, Sesko sering dikaitkan dengan Bayern dan kini gergasi Jerman itu sekali lagi menghidupkan impian mereka untuk memburu Sesko yang disifatkan sebagai pemain yang ‘sangat menarik’.

Terdapat laporan bahawa Bayern akan terus memantau Sesko sepanjang musim baharu nanti dan sekiranya pemain itu bergelut untuk menyesuaikan diri, mereka akan cuba melakukan sesuatu untuk membawanya ke Allianz Arena.

Bagaimanapun, kehadiran pemain baharu dari Maghribi, Ismael Saibari berpotensi mengisi peranan yang sebelum ini dirancang untuk Sesko dan mereka bakal menilai sama ada sistem mereka mampu berfungsi menggunakan pemain itu.

Bayern turut memiliki perancangan untuk menjadikan Sesko sebagai penyerang utama mereka dan mengubah posisi Kane sebagai penyerang sokongan ketika usianya sudah menjangkau 33 tahun biarpun sentuhannya dilihat masih berbisa.

Sesko dilihat sebagai seorang penyerang tulen yang mampu memanfaatkan kebolehan Kane dalam melakukan hantaran serta mencipta peluang dari kawasan lebih dalam.

Sementara itu, United dikatakan sangat jelas mengenai masa depan Sesko apabila kelab itu langsung tidak berminat untuk melepaskan penyerang Slovenia tersebut biarpun sudah dihubungi oleh Barcelona dan Atletico Madrid sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN