MANCHESTER – Manchester United dilaporkan menghidupkan semula minat terhadap penyerang Galatasaray, Victor Osimhen ketika mereka berusaha mendapatkan seorang penyerang prolifik yang mampu menyumbang sekitar 30 jaringan satu musim.
Galatasaray menandatangani penyerang antarabangsa Nigeria itu daripada Napoli pada musim lalu dengan yuran perpindahan sebanyak €75 juta (RM352.47 juta, namun dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Liga Super Turki.
Menurut laporan, penyerang tersebut masih berminat untuk beraksi di England dan United mahu kembali menjadi antara pencabar untuk mendapatkan khidmat Osimhen biarpun sedar sudah untuk memujuk Galatasaray melepaskan pemain itu.
Beberapa media mendakwa bahawa hubungan antara United dan pemain tersebut semakin aktif ketika kelab gergasi England itu cuba menawarkan terma yang lumayan untuk menarik minatnya ke Old Trafford.
Penyerang Nigeria itu disifatkan sebagai penyerang yang sudah terbukti berkualiti serta memiliki segala ciri yang diperlukan untuk berjaya di Liga Perdana Inggeris selain United memerlukan skuad yang besar untuk menghadapi saingan musim depan.
Bagaimanapun, penyerang semasa mereka, Benjamin Sesko masih kekal sebagai sebahagian penting perancangan United, walaupun penyerang Slovenia itu masih dalam proses menyesuaikan diri dengan bola sepak England.
Kehadiran Osimhen dilihat mampu meringankan beban Sesko sebagai penyerang utama dan mampu memberikan persaingan yang berkualiti untuk membentuk jentera penggempur terbaik ketika United bakal beraksi di Liga Juara-Juara musim baharu nanti. – AGENSI














