fbpx
MURAD mengalami situasi seram dan misteri semasa menginap di sebuah hotel di Hanoi, Vietnam.

Sesat di tingkat hotel, ulang-ulang di lokasi sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEJADIAN yang berlaku pada waktu malam Tahun Baharu di Hanoi, Vietnam itu masih lagi menghantui Murad (bukan nama sebenar) yang gemar melakukan aktiviti backpacking.

Menurut jejaka berusia lingkungan 30-an itu, dia pada awalnya tidak menyangka percutian solo ke negara berkenaan bertukar menjadi pengalaman paling menyeramkan dalam hidupnya.

Katanya, dia tiba di Hanoi pada penghujung Disember sebelum mengambil keputusan menginap di sebuah hotel lama yang terletak agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong.

“Hotel itu nampak biasa sahaja dari luar, cuma suasananya agak sunyi walaupun waktu itu musim cuti Tahun Baharu.

“Saya pun tak fikir apa-apa sebab harganya murah dan bilik pun masih ada yang kosong,” katanya kepada CitaRasa.

Perasaan kurang senang mula timbul ketika Murad menaiki lif usang untuk ke biliknya.

Sewaktu berada di dalam lif tersebut, ia sempat berhenti lama di satu tingkat sebelum kembali berfungsi seperti biasa.

Biarpun terasa aneh, anak jati Kelantan itu terlalu penat selepas seharian berada di jalanan untuk berfikiran negatif mengenai situasi dialaminya.

Namun suasana mula terasa menyeramkan sebaik sahaja dia tiba di tingkat biliknya.

Keadaan di tingkat itu sangat sunyi dengan lorong-lorong menuju ke bilik yang kelihatan seperti labirin (laluan lorong yang rumit atau berliku-liku).

Murad meneruskan langkah mencari nombor biliknya mengikut petunjuk arah pada dinding, namun dia mendapati dia tetap kembali ke tempat sama berkali-kali.

Lebih meremangkan bulu roma, setiap lorong di tingkat itu kelihatan hampir serupa sehingga sukar dibezakan.

“Setiap kali saya jalan, saya akan nampak semula pasu bunga pecah dekat penjuru lorong dan lukisan perempuan pakai ceongsam tergantung pada dinding.

“Padahal saya yakin dah jalan jauh, tapi tetap kembali ke tempat sama. Ketika itu, saya cuma berharap mahu cepat-cepat sampai ke bilik sahaja,” katanya.

Selepas hampir 20 minit berpusing di tingkat sama, Murad akhirnya menemukan nombor biliknya di satu lorong gelap di hujung koridor.

Ketika itu dia berasa lega kerana akhirnya dapat berehat selepas seharian berjalan membawa beg galas di sekitar Hanoi.

Menurutnya, keadaan bilik hotel tersebut kelihatan agak lama dengan lampu malap serta perabot kayu usang, namun masih boleh digunakan untuk bermalam.

Tambah Murad, sebaik selesai membersihkan diri, dia terus merebahkan badan di atas katil sambil bermain telefon bimbit sebelum melelapkan mata.

Bagaimanapun katanya, belum lama dia terlelap, telinganya mula menangkap bunyi seperti ada orang berjalan di luar bilik.

“Ada masa bunyi itu senyap beberapa saat, kemudian datang semula macam orang berdiri betul-betul depan pintu sebelum berjalan perlahan ke hujung lorong.

“Bila saya intai melalui lubang pintu, tak ada sesiapa pun di luar. Saya malas nak fikir bukan-bukan sebab terlalu penat, jadi saya sambung tidur sahaja.

“Alhamdulilah keesokan paginya, gangguan itu sudah tiada dan saya pun cepat-cepat check out mencari hotel lain dan teruskan percutian backpacker saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN