PETALING JAYA – Pihak yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16, semalam diingatkan agar tidak menghina lawan yang tewas meskipun berdepan pelbagai fitnah dan tohmahan sepanjang tempoh berkempen.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, sebaliknya berpesan kepada pihak yang menang supaya tidak mengulangi kesilapan lampau dan menjauhi kesombongan.
“Tidak perlu lagi mengata, apatah lagi menghina pihak lawan yang kalah walaupun perit difitnah dan ditohmah ketika kempen. Usah ulangi kesilapan lampau, jauhi keso mbongan. Kini fokus laksana amanah, mandat rakyat dengan ikhlas dan tawaduk,” katanya menerusi satu kenyataan di media sosial, hari ini.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi mengumumkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memenangi PRN Negeri Sembilan Ke-16.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, BN memperoleh 18 kerusi Dewan Undangan Negeri, PN memenangi tujuh kerusi, manakala Pakatan Harapan, 11 kerusi. – KOSMO! ONLINE














