KUALA PILAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu sebentar tadi.
Pelantikan Ismail, 67, dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan kemenangan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Dalam PRN ke-16 semalam, BN memenangi sebanyak 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN pula mendapat tujuh daripada keseluruhan 36 kerusi DUN sekali gus berjaya memperoleh lebih dua pertiga majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selama beberapa penggal dari tahun 2004 hingga 2018 dan memegang pelbagai portfolio termasuk Kerja Raya, Infrastruktur, Air, Tenaga, Telekomunikasi, Perpaduan serta Pendidikan dan Modal Insan.
Dalam PRN semalam, Ismail memenangi DUN Juasseh dengan memperoleh 4,091 majoriti menewaskan calon Pakatan Harapan P(PH), Mohd. Aidil Abdullah dan calon Bersatu, Mohd. Zuhaimi Md Yusof. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram














