fbpx
MUHAMAD AKMAL (empat dari kiri) pada Program Konvoi Bersama YB Datuk Dr. Akmal Saleh di Kedai Nasi Lemak Bawah Rumah di Pasir Salak hari ini.

Akmal Saleh dakwa tembok kubu DAP mula retak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR SALAK – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membuktikan sokongan terhadap kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bukan lagi terhad kepada pengundi Melayu, malah mula menembusi kawasan yang sebelum ini menjadi kubu kuat DAP.

Katanya, kejayaan besar pakatan tersebut memberi keyakinan bahawa ia mampu berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

“Insya-Allah gelombang ini akan diteruskan ke Melaka dan ke Putrajaya tidak lama lagi. Sebab ini menunjukkan bahawa penyatuan UMNO (BN) dan PAS (PN) bukan hanya sahaja penyatuan orang Melayu. Tetapi, ini menunjukkan penyatuan rakyat termasuk kaum India dan Cina. Contohnya, kita boleh lihat bagaimana kita menang di kerusi-kerusi kubu kuat DAP sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mendakwa, peralihan sokongan pengundi Melayu secara signifikan selain peningkatan undi kaum Cina dan India kerana mereka berasa tertipu dengan agenda reformasi yang dijanjikan tidak ditunaikan.

“Jika kamu tidak buat seperti apa yang sembangkan ketika menjadi pembangkang, hari ini rakyat boleh tukar bila-bila masa. Ini menjadi satu pengajaran untuk kita juga, walaupun menang, wakil rakyat terus bekerja dan laksanakan janji. Jangan tipu rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN