fbpx
RODRI dilapor sedang menuju ke Real, namun PSG mahu memastikan perpindahan itu gagal terlaksana. - AFP

PSG mahu Real tanggung akibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) sedia untuk membalas dendam ke atas Real Madrid selepas gergasi La Liga itu mencapai kata sepakat bagi mendapatkan khidmat Yan Diomande yang pada awalnya dikatakan bakal menyertai PSG.

Sebelum ini, PSG yang merupakan juara Eropah dikatakan sebagai pasukan pilihan untuk mendapatkan khidmat pemain Ivory Coast itu, namun Los Blancos secara tiba-tiba hadir dan melengkapkan perpindahan.

Justeru, PSG yang terasa seperti dikhianati kini menggalas misi untuk menjadi pengacau dalam usaha Real mendapatkan khidmat pemain tengah Manchester City, Rodri apabila mereka mula menunjukkan minat.

Walaupun keputusan yang dibuat tidak meletakkan menjadikan mereka sebagai pilihan, namun ia sekurang-kurangnya memberi kesukaran kepada Real apabila City berada pada posisi terbaik untuk menaikkan harga.

Rodri dianggap sebagai urusan perpindahan yang sangat penting buat Los Blancos memandangkan mereka amat memerlukan seorang pemain tengah berpengalaman dan bekas pemenang Ballon d’Or itu dilihat sebagai calon tepat.

Real dikatakan sudah mengadakan perbincangan bersama kem pemain Sepanyol itu, namun belum mendapat restu daripada presiden, Florentino Perez, sekali gus membuka ruang buat PSG untuk menyambar khidmat Rodri.

Sebaik sahaja PSG menyertai perlumbaan bagi mendapatkan pemain berusia 30 tahun itu, City kini boleh ‘bermain’ harga, namun PSG dilihat tidak berdepan sebarang masalah dari segi kewangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN