MANCHESTER – Manchester United dijangka mengemukakan tawaran untuk mendapatkan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins bagi memperkuat jentera serangan mereka musim depan.
Setakat ini pada jendela perpindahan musim panas, United memberi keutamaan kepada bahagian tengah dengan mendapatkan Youri Tielemans dan Andrey Santos, dan sedang berusaha melengkapkan jentera tengah dengan seorang lagi pemain.
Namun begitu, masih terdapat beberapa posisi lain yang ingin diperkukuhkan ketika Michael Carrick berusaha membina skuad yang mampu bersaing dalam Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Juara-Juara.
United dilapor sedang memantau perkembangan melibatkan Watkins yang menjaringkan 21 gol dalam semua pertandingan musim lalu ketika timbul spekulasi bahawa penyerang Belanda, Joshua Zirkzee mungkin akan kembali ke Serie A.
Sekiranya Zirkzee meninggalkan Old Trafford, United dijangka akan membuat tawaran rasmi untuk mendapatkan Watkins dengan nilai tawaran dianggarkan sekitar £40 juta (RM218.23 juta).
Menurut sumber Villa sebenarnya tidak berhasrat untuk melepaskan Watkins, namun, memandangkan mereka sedang dalam usaha mendapatkan penyerang Chelsea, Nicolas Jackson menyebabkan mereka mungkin bersedia membenar Watkins pergi.
Sementara itu, United menegaskan mereka tidak akan melepaskan kapten pasukan, Bruno Fernandes pada musim panas kali ini kecuali menerima tawaran yang benar-benar luar biasa. – AGENSI














