fbpx
WILLIAMS menjadi buruan Arsenal ketika klausa pelepasannya bersama Bilbao dilihat berada dalam kemampuan The Gunners. - AFP

EPL: Arsenal sedia tebus kontrak Williams

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal kembali menghidupkan misi mendapatkan pemain sayap Athletic Bilbao, Nico Williams selepas berdepan kegagalan memburu beberapa sasaran utama menjelang penutupan jendela perpindahan musim panas ini.

Pengurusan The Gunners dilaporkan sudah mengadakan semula perbincangan mengenai pemain antarabangsa Sepanyol itu apabila pengarah sukan, Andrea Berta melihat Williams sebagai pilihan terbaik untuk memperkukuhkan bahagian kiri serangan kendalian Mikel Arteta.

Minat Arsenal kembali memuncak selepas mereka terlepas peluang mendapatkan Morgan Rogers yang memilih menyertai Chelsea, selain masa depan Bradley Barcola bersama Paris Saint-Germain (PSG) masih belum menentu.

Williams turut mengukuhkan reputasinya di pentas Piala Dunia 2026 apabila muncul wira kemenangan Sepanyol ke atas Argentina pada aksi final selepas mencipta bantuan gol kepada Ferran Torres yang menjaringkan gol kemenangan.

Meskipun musim lalu dibelenggu kecederaan sehingga hanya membuat 20 penampilan sebagai kesebelasan utama dalam saingan La Liga, pemain berusia 23 tahun itu tetap berjaya membuktikan kualitinya apabila kembali cergas menjelang kempen Piala Dunia.

Bagaimanapun, kontrak Williams dilaporkan mengandungi klausa pelepasan bernilai sekitar £77 juta (RM423 juta), sekali gus berada dalam kemampuan Arsenal yang masih serius memburu khidmat pemain tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN