fbpx
INSIDEN pergaduhan pada hujung perlawanan dianggap memalukan sukan bola sepak dan FIFA bersedia untuk melancarkan siasatan. - AFP

Piala Dunia 2026: Argentina bakal berdepan hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memulakan prosiding tatatertib terhadap Argentina berikutan pergaduhan selepas tamat perlawanan yang mencemari aksi final Piala Dunia FIFA 2026.

Pemain tengah Argentina, Leandro Paredes telah dilayangkan kad merah selepas perlawanan kerana penglibatannya dalam insiden tersebut. sementara, pertahanan Nahuel Molina turut diteliti selepas didakwa menghayunkan tangan ke arah kapten Sepanyol, Rodri.

Jawatankuasa Tatatertib Bebas FIFA memaklumkan bahawa mereka akan meneliti laporan pengadil, rakaman video serta semua bukti berkaitan sebelum memutuskan sama ada tindakan disiplin lanjut perlu diambil.

Badan induk bola sepak dunia itu turut menyiasat insiden yang berlaku selepas kemenangan Argentina ke atas England pada peringkat separuh akhir, apabila beberapa pemain mempamerkan sepanduk bertulis ‘Las Malvinas son Argentinas’ (Kepulauan Malvinas adalah milik Argentina) yang mengulangi tuntutan Argentina terhadap Kepulauan Falkland.

Paredes dan Enzo Fernández yang telah dibuang padang dalam masa sebenar selepas menerima kad kuning kedua, secara automatik akan digantung daripada beraksi dalam perlawanan kompetitif Argentina yang seterusnya.

Bagaimanapun, peraturan FIFA memperuntukkan hukuman yang lebih berat sekiranya wujud bukti perlakuan ganas atas kesalahan seperti menumbuk, menendang atau memukul pihak lawan yang boleh dikenakan penggantungan minimum tiga perlawanan.

Persatuan Bola Sepak Argentina turut berisiko dikenakan tindakan disiplin sekiranya FIFA memutuskan bahawa tingkah laku pemain atau pegawai pasukan telah melanggar peraturannya atau mencemarkan nama baik sukan bola sepak.

Pergaduhan itu tercetus apabila Molina dilihat bertindak balas dengan marah selepas Mikel Oyarzabal dan Rodri meraikan kemenangan berhampirannya, sebelum Eric García masuk campur untuk meredakan keadaan.

Paredes kemudian menyertai kekecohan itu dengan menolak García sehingga terjatuh sebelum dilihat memukul bahagian lehernya dan rakaman video turut menunjukkan penolong jurulatih Daniel Ayala dipercayai memukul pemain tengah Sepanyol, Dani Olmo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN