fbpx
VINICIUS berbaki kontrak semusim di Santiago Bernabeu dan rundingan kontrak baharu dilapor belum menemui kata putus. - AFP

EPL: Arsenal sedia ambil kesempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Juara Liga Perdana Inggeris, Arsenal dilaporkan mahu mengambil kesempatan mendapatkan khidmat bintang utama Real Madrid dan Brazil, Vinicius Jr berdasarkan isu kontrak semasanya.

Vinicius dikatakan sedang berdepan situasi tegang dengan seorang lagi tonggak Los Blancos, Kylian Mbappe menyebabkan pengurusan tertinggi The Gunners memberikan kebenaran untuk pasukan perunding mereka menerokai potensi perpindahan pemain itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang perbincangan diadakan antara kedua-dua pasukan bagi menoktahkan perpindahan bintang antarabangsa Brazil itu yang kini masih memiliki baki kontrak setahun lagi.

Malah, Vinicius dan Real juga kini belum mencapai kata sepakat untuk lanjutan kontrak baharu, menyebabkan Los Blancos juga tidak mahu kehilangan khidmat pemain itu secara percuma pada musim panas akan datang.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta sebelum ini sudah pun menyatakan pendiriannya untuk menguatkan lagi pasukan bagi menjadikan kelab itu sebagai pasukan besar di pentas tertinggi.

“Untuk berada di tahap lebih tinggi, kami perlu memiliki cita-cita besar, bergerak lebih pantas dan jadi lebih bijak,” katanya yang tewas kepada Paris Saint-Germain di pentas final Liga Juara-Juara, musim lalu.

Sementara itu, pengendali baharu Real Madrid, Jose Mourinho dikatakan bersedia untuk menghalang segala usaha melibatkan rundingan untuk menjual Vinicius yang disifatkan mampu untuk memainkan peranan besar buat pasukan itu musim depan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN