fbpx
TCHOUAMENI dianggap pengganti paling sesuai untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Casemiro. - AFP

Man. United buru bintang berkelas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Selepas membawa masuk Andrey Santos dan Youri Tielemans pada jendela perpindahan kali ini, Manchester United masih meneruskan misi untuk memperkasakan bahagian tengah pasukan itu.

Terbaharu, The Red Devils dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Real Madrid, Aurelien Tchouameni yang dilaporkan sedia meninggalkan Los Blancos bagi mendapatkan minit permainan.

Ketika ini, United juga sedang memantau perkembangan pemain AS Roma, Manu Kone dengan beberapa laporan mengatakan The Red Devils menjadikan pemain Perancis itu sebagai sasaran utama mereka.

Biarpun menunjukkan minat terhadap Kone, namun spekulasi yang mengaitkan Tchouameni dengan United tetap bertiup kencang biarpun pemain itu baru sahaja menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun bersama Real.

Ramai pemerhati bola sepak menganggap Tchouameni merupakan calon tepat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Casemiro, namun permintaan gaji mungkin menjadi halangan kerana dia menerima £250,000 (RM1.35 juta) seminggu di Real.

Justeru, permintaan gaji tinggi itu dijangka akan memberi kesukaran kepada United memandangkan pemilik pasukan, INEOS sedang berusaha untuk mengurangkan jumlah bayaran gaji dalam pasukan tersebut.

Bagaimanapun, sekiranya mereka benar-benar serius mahu mendapatkan khidmat Tchouameni dan sedia memenuhi permintaan gaji itu, United perlu membayar yuran perpindahan lebih £70 juta (RM380.13 juta). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN