fbpx
ALONSO percaya Rogers mampu memberikan nilai tambah yang cukup baik khususnya untuk jentera serangan Chelsea. - FB CHELSEA

EPL: Gandingan Rogers, Palmer bakal meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kehadiran Morgan Rogers bakal memberikan nilai tambah kepada kualiti Chelsea dan pemain itu boleh mewujudkan ‘gandingan maut’ bersama tonggak utama pasukan, Cole Palmer.

Keyakinan itu dizahirkan sendiri oleh pengurus The Blues, Xabi Alonso yang yakin Rogers mampu menghadirkan kombinasi dengan sempurna bersama Palmer sekali gus mengukuhkan kualiti jentera tengah The Blues.

“Untuk posisi itu, kami perlukan pemain penting dan saya pasti saya tidak ada banyak pilihan yang lebih baik berbanding Morgan. Saya ada perancangan dan boleh menggandingkan mereka dengan baik.

“Kami perlukan gandingan yang bagus, stabil dan pemain boleh bermain dengan lebih bebas. Jika kami mampu dapatkan keseimbangan dengan meletakkan pemain di tempat yang betul, saya fikir kami akan jadi lebih kompetitif,” katanya.

Sebelum ini, The Blues berjaya menyambar Rogers dari Aston Villa dengan nilai £117 juta (RM635.3 juta) yang menjadikan pemain itu sebagai pemain British termahal.

Alonso juga cukup gembira kerana Rogers adalah pemain yang memiliki kepelbagaian corak permainan dan faktor itu juga akan memberikan nilai tambah kepada pasukan.

“Jika kami mampu mewujudkan hubungan dengan baik, saya fikir ia menjadi satu langkah yang bagus buat kami untuk cuba tampil dengan baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN