fbpx
SERAMAI 10,044 orang penyokong hadir ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya yang menentang Laos, semalam. - FARIZ RUSADIO

FAM tabik penyokong Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merakamkan penghargaan buat semua peminat yang hadir ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur bagi menyaksikan aksi kedua Kumpulan B Piala ASEAN 2026, semalam.

Sokongan padu yang dizahirkan sepanjang perlawanan membolehkan Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan kedua dengan menewaskan Laos 4-0.

“Kehadiran ribuan penyokong yang memenuhi stadium dengan semangat serta sorakan tanpa henti telah menjadi pembakar semangat kepada para pemain untuk memberikan aksi terbaik di atas padang. Sokongan luar biasa daripada penyokong sentiasa menjadi kekuatan utama buat skuad kebangsaan dalam setiap perlawanan.

“FAM turut menghargai komitmen semua penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang Harimau Malaya dan berharap sokongan padu ini akan diteruskan pada perlawanan seterusnya menentang Filipina di venue yang sama pada 8 Ogos 2026.

“Marilah kita bersama-sama memenuhi Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sekali lagi bagi memberikan suntikan semangat kepada Harimau Malaya dalam usaha meneruskan cabaran di pertandingan ini,” jelas FAM menerusi kenyataan, hari ini.

Pada perlawanan semalam, Harimau Malaya mendapat sokongan 10,044 penyokong yang hadir di stadium dan kemenangan ke atas Laos kali ini beri motivasi terbaik sebelum berdepan Thailand, Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN