fbpx
Gambar hiasan.

‘Dah banyak kali jawab, kerajaan kekal tidak laksana semula GST’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan kekal dengan pendiriannya untuk tidak memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) buat masa ini, malah perkara itu telah dijelaskan beberapa kali di Dewan Rakyat, Kamar Khas dan Dewan Negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, ia disebabkan pelaksanaannya dalam konteks semasa dikhuatiri akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan pertengahan.

Beliau menegaskan, meskipun GST dianggap lebih cekap dan telus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST), sistem percukaian itu bersifat regresif kerana cukai dikenakan berdasarkan penggunaan dan bukannya pendapatan.

“Sekiranya seorang individu berpendapatan RM20,000 sebulan, seorang lagi RM5,000 dan seorang lagi RM2,000 membelanjakan RM2,000 untuk penggunaan, ketiga-tiga mereka tetap akan membayar jumlah cukai yang sama di bawah GST.

“Ketiga-tiga orang ini walaupun tahap pendapatan mereka berbeza, tetapi mereka bayar cukai (jumlah) yang sama kerana ia berasaskan penggunaan, bukan pendapatan,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula GST dalam jangka sederhana sebagai cukai yang lebih cekap dan telus berbanding SST bagi membantu mengurangkan hutang negara.

Menurut Chin Tong, GST hanya sesuai dilaksanakan apabila negara mempunyai lebih ramai rakyat dalam kategori kelas pertengahan yang menikmati pendapatan lebih baik.

Katanya, pendirian tersebut juga selaras dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa GST boleh dipertimbangkan apabila gaji median rakyat mencecah RM4,000 sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN