fbpx
NDIAYE dilapor menolak tawaran kontrak baharu Everton apabila mahu meninggalkan pasukan itu. - AFP

EPL: Man. United kena bayar harga mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Everton meletakkan tanda harga sekitar £70 juta (RM380.79 juta) untuk bintang mereka yang menjadi buruan, Iliman Ndiaye susulan minat daripada Manchester United dan Al-Hilal.

Ndiaye, 26 tahun, kini menjadi pemain yang mendapat perhatian selepas mempamerkan prestasi mengagumkan sepanjang dua musim bersama Everton selain penyerang itu juga dilapor terbuka untuk meninggalkan The Toffees.

Laporan menyatakan bahawa pasukan kendalian Michael Carrick telah menyenarai pendek nama Ndiaye dan sedang memantau perkembangannya, sementara Everton juga menyedari minat Al-Hilal, tetapi setakat ini masih belum ada rundingan rasmi antara kedua-dua kelab.

Everton dijangka meminta bayaran perpindahan yang hampir sama dengan apa yang dibayar Barcelona kepada Newcastle United pada musim panas ini untuk mendapatkan Anthony Gordon ketika Ndiaye masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun.

Ndiaye muncul sebagai antara sasaran utama Manchester United selepas Morgan Rogers menyertai Chelsea dengan nilai £117 juta, manakala Yan Diomande dilaporkan lebih berminat untuk menyertai Real Madrid.

Bagaimanapun, usaha United mendapatkan pemain sayap kiri bukanlah keutamaan utama ketika ini kerana Marcus Rashford dijangka kembali diserap ke dalam skuad selepas menghabiskan semusim secara pinjaman di Barcelona.

Terdapat juga laporan yang mendakwa Everton cuba menawarkan kontrak baharu dengan terma yang lebih baik kepada Ndiaye bagi memastikan pemain itu kekal, namun dia telah menolak tawaran itu.

Everton sebelum ini membeli Ndiaye dengan harga £15 juta (RM81.59 juta) daripada kelab Perancis, Marseille, dua tahun lalu dan telah menjaringkan 17 gol serta mencatatkan tiga bantuan jaringan dalam 71 penampilan bersama Everton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN