fbpx
SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Segamat pagi tadi. Foto IHSAN BOMBA

Penunggang motosikal maut tersepit bawah treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Labis-Segamat, berhampiran UMNO Cawangan Labis, pagi tadi.

Menurut Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hafifie Md Sarif, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi tadi di mana mangsa dipercayai tersepit di bawah bahagian kepala treler bersama motosikal ditungganginya.

“Anggota bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai Kementerian Kesihatan, kemudian mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN