fbpx
STONES menandatangani kontrak dua tahun bersama Inter selepas berhijrah secara percuma ketika dia bergelar ejen bebas. - AFP

Stones pilih ubah angin karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Selepas menjulang hampir semua trofi utama sepanjang sedekad bersama Manchester City John Stones kini memasang misi baharu dengan memburu kejuaraan Serie A selepas menyertai Inter Milan secara percuma.

Stones menandatangani kontrak dua tahun bersama Inter dengan gaji dilaporkan sekitar €4 juta (RM18.7 juta) semusim sekali gus membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila keluar dari kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama.

Sepanjang bersama City, Stones menikmati era penuh kejayaan apabila membantu kelab itu memenangi enam kejuaraan EPL, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) serta pelbagai trofi domestik dan antarabangsa.

Menurut Stones, keinginan untuk terus mengecapi kejayaan masih belum pudar dan kini mahu merasai nikmat menjadi juara di Itali.

“Saya seorang yang sangat dahagakan kemenangan. Saya bertuah kerana sudah memenangi banyak trofi sebelum ini tetapi saya mahu membawa pengalaman itu ke San Siro dan membantu pasukan serta kelab untuk terus menang,” katanya.

Stones juga teruja untuk belajar benda baharu kerana corak bola sepak Itali yang berbeza yang memberikan tumpuan khusus di posisi pertahanan.

“Saya teruja dan harap dapat memberikan kelebihan yang saya ada, tetapi pada masa sama saya terbuka untuk belajar perkara baharu terutama aspek taktikal,” katanya.

Lebih menarik, Stones bakal kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya di City, Manuel Akanji yang menjadi tonggak pertahanan skuad kendalian Cristian Chivu itu sejak dua tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN