fbpx
TINGGI, kacak, segak, bergaya, ini antara enam lelaki popular bahkan cukup dekat di hati semua pilihan HibGlam minggu ini yang masuk senaarai masih 'merecik' dan digilai pada usia 50-an.

Lelaki-lelaki kacak 50-an, kekal ‘merecik’ digilai ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BILA berbicara perihal selebriti yang kekal ‘panas’, popular, relevan dan tidak hilang pengaruh, pasti nama artis wanita lebih cenderung menjadi sebutan.

Realitinya, selebriti lelaki dengan usia 50-an yang kekal relevan dan berada dalam kelas tersendiri pun tidak kurang hebatnya.

Lihatlah keterujaan ramai terhadap Datuk Yusry Abdul Halim dalam Dendam Seorang Mentua dan Datuk Rosyam Nor menerusi beberapa buah drama sebelum ini membuktikan hero senior kekal hebat sepanjang zaman.

Gala minggu ini menyenaraikan aktor-aktor kacak yang sudah mencecah 50-an, namun masih rancak berkarya dan digilai ramai.

 

Hans Isac, 54

NAMA Datuk Hans Isaac mula mencuri perhatian pada era 1990-an dengan wajah kacukan yang tampan menerusi filem Ringgit Kasorga sebelum dipinang menjadi hero dalam pelabagi buah naskhah.

Antara karya yang melonjakkan namanya termasuk filem Buli Balik, Cuci dan Laila Isabella. Selain filem, dia turut mencipta nama menerusi beberapa buah drama seperti Amer Amera, Kutub Utara Kutub Selatan dan Sephia sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai hero pilihan penonton.

Jika bercakap tentang kehidupan, dia pernah mengikat tali pertunangan dengan bekas ratu cantik, Aileen Gabriella Robinson pada 2021, namun hubungan tersebut terkandas di tengah jalan dan sehingga hari ini hero kegilaan ramai wanita masih berstatus solo.

Selepas tiga dekad, namanya masih kekal relevan selain kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Aaron Aziz, 50

KEMUNCULAN aktor asal Singapura ini dalam dunia hiburan Malaysia mengubah landskap industri drama tempatan sekitar tahun 2000-an.

Nama Datuk Aaron Aziz mula meledak menerusi drama Emil Emilda sebelum mendunia dengan filem KL Gangster, Ombak Rindu dan Evolusi KL Drift.

Berbeza dengan ramai selebriti lelaki lain, kisahnya jauh dari kontroversi apabila memilih berkahwin dengan Datin Diyana Halik dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Meski sudah berusia 50 tahun, dia masih diberikan kepercayaan memegang watak hero dalam drama dan filem ketika ini. Naskhah terbaharunya yang kini rancak ditayangkan, Dendam Seorang Mentua di samping Tracie Sinidol dan Hariz Hamdan.

Zamarul Hisham, 55

ZAMARUL Hisham pernah menjadi antara wajah paling popular dalam industri hiburan tempatan. Memiliki bakat hebat dalam lakonan dan wajah tampan dengan kulit sawo matang, Zamarul berjaya meletakkan dirinya sebaris serta sehebat pelakon lelaki lain yang sezaman dengannya.

Pada tahun 2009, dia mendirikan rumah tangga dengan Diana Rafar, namun diuji dengan perceraian pada 2015 sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk kembali rujuk pada tahun sama.

Zamarul sehingga hari ini masih aktif dalam dunia lakonan, namun terpaksa menjadi lebih selektif dalam pemilihan watak susulan mengalami masalah jantung tersumbat. Susulan itu, dia terpaksa menjalani prosedur angiogram dan memasang tiga stent pada saluran jantung.

Leonardo DiCaprio, 51

KERJAYA seni hero ternama dunia, Leonardo DiCaprio bermula sejak usia muda, namun namanya benar-benar meledak menerusi watak Jack dalam filem Titanic yang ditayangkan sekitar 1997.

Meski persaingan di Hollywood sangat tinggi, DiCaprio berjaya menggunakan bakat dimiliki untuk berdiri setanding aktor hebat lain.

Antara naskhah hebat dibintanginya ialah The Wolf of Wall Street, Inception, Catch Me If You Can dan The Revenant yang melayakkannya memenangi Oscar pertama pada tahun 2016.

Sejak memulakan karier sebagai pelakon, selain lakonan versatil, kisah cintanya dengan ramai model wanita terkemuka turut menjadi sorotan umum. Antara model yang pernah bercinta dengannya adalah Bridget Hall, Gisel Bundchen, Bar Rafaeli dan Camila Morrone.

Ari Wibowo, 55

JIKA kalian peminat sinetron Indonesia sekitar tahun 2000-an, pasti Ari Wibowo antara nama yang melekat dalam ingatan. Dengan rupa paras tampan dan berdarah kacukan Jerman-Indonesia, Ari menjadi antara aktor paling popular dalam eranya sehingga pernah digelar sebagai Raja Sinetron.

Mencipta nama menerusi drama popular Cinta Fitri, Putri Yang Ditukar dan Anugerah, kemunculannya dalam mana-mana naskhah pasti meraih sambutan hebat di Indonesia.

Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Inge Anugrah sebelum bercerai selepas 16 tahun bergelar suami isteri. Walaupun usia sudah mencecah 55 tahun, dia masih rancak membintangi sinetron dan terbaharu ialah Mencintai Ipar Sendiri dan Mama-Mama Pengejar Cinta bersama Wulan Guritno.

Hrithik Roshan, 52

JIKA bercakap mengenai pelakon lelaki paling kacak di India, mungkin Hrithik Roshan berada dalam senarai teratas. Muncul dalam filem debut Kaho Naa Pyaar Hai, namanya terus meledak dan menjadikannya seorang bintang dalam sekelip mata.

Bakat luar biasa dimilikinya termasuk mampu menari dengan baik, dia mengukuhkan kerjaya seni dengan pelbagai buah filem popular Krrish, Kabhi Khushi Kabhie Gham dan Dhoom 2.

Pernah mendirikan rumah tangga dengan Susanne Khan pada tahun 2000, namun tidak kekal lama apabila mereka disahkan bercerai secara rasmi pada 2014 selain dikurniakan dua cayaha mata lelaki. Meski sudah mencecah usia 52 tahun, Roshan masih menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN