KEMUNCULAN Amir Ahnaf dan Zarif Ghazzi yang berbaju Melayu lengkap bersongket pada FFM35 mencairkan hati ramai peminat, terutama wanita.

‘Abbas, Kahar’ berbaju Melayu, ramai gadis pakat menggila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEDIA sosial beberapa hari lalu tiba-tiba meledak apabila dua pelakon kegilaan wanita hari ini, Amir Ahnaf dan Zarif Ghazzi muncul segak berbaju Melayu pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) baru-baru ini.

Amir memakai busana berwarna merah jambu, sementara Zarif pula tampan dengan baju Melayu berona hitam dan kedua-lengkap bersamping serta memakai songkok.

Ketampanan dua jejaka tersebut pastinya membuatkan ramai wanita cair dan dibanjiri dengan pujian.

“Masya-Allah kacaknya dua-dua bakal jodoh saya ini.

“Bila Abbas bertemu Kahar, tolong bergabung untuk satu naskhah nanti,” seloroh netizen.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh mahu menghantar rombongan meminang kerana nampak macam calon menantu pilihan ramai!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN