WILFRED

Laungan ‘menang’ sambut calon GPS, lawan Pengerusi DAP Sarawak di Kota Sentosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUCHING – Ketibaan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Wilfred Yap di Perpustakaan Awam Kota Sentosa, di sini disambut dengan laungan ‘menang, menang, menang’ ketika proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa.

Wilfred tiba dengan berbaju-T kuning, iaitu warna Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diiringi penyokong yang turut mengibarkan bendera GPS.

Kerusi itu dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandang Wilfred, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), yang sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding di kerusi berkenaan.

Pada PRN Sarawak 2021, Wilfred memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,683 undi selepas meraih 5,806 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Calon yang bertanding mempunyai masa satu jam, dari 9 pagi hingga 10 pagi, untuk menyerahkan kertas pencalonan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN