PIHAK zoo terpaksa menghentikan program penurunan berat badan kerana Pan Baobao terlalu tua. - AMAZlNGNATURE/X

Terlalu tua untuk kurus, harimau bintang henti diet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING –  Seekor harimau bintang yang viral kerana tubuhnya yang gempal sehingga disamakan dengan watak dalam filem animasi Disney, Zootopia, terpaksa menghentikan program penurunan berat badan selepas pihak zoo berpendapat haiwan itu terlalu tua untuk menjalani proses berkenaan, lapor saluran berita Mirror UK.

Harimau bintang bernama Pan Baobao itu mencuri perhatian pengguna media sosial susulan penampilannya yang luar biasa, terutama bahagian perutnya yang besar sehingga mengingatkan orang ramai kepada watak Pegawai Clawhauser, seekor citah yang gemar memakan donat dalam filem berkenaan.

Haiwan berusia 19 tahun itu menetap di Zoo Panzhihua, di barat daya China, dan secara tidak sengaja menjadi selebriti internet selepas rakaman serta gambarnya tular di pelbagai platform media sosial.

Sebelum ini, pihak zoo mengambil beberapa langkah bagi membantu Pan Baobao menurunkan berat badan, termasuk mengubah rutin pemakanannya dan menyediakan ruang pergerakan yang lebih luas bagi menggalakkan haiwan itu kekal aktif.

Bagaimanapun, usaha berkenaan akhirnya dihentikan selepas pihak pengurusan zoo memutuskan bahawa faktor usia Pan Baobao menjadikan program penurunan berat badan itu tidak lagi sesuai untuk diteruskan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN