RAYAN meraikan jaringan yang dilakukan bagi mengesahkan kemenangan The Cherries ke atas Celta Vigo. - BOURNEMOUTH

Liga Europa: Bournemouth mula pasang hajat besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Bournemouth mencipta cerita cukup luar biasa apabila muncul sebagai satu-satunya pasukan yang masih mengekalkan kemenangan bersih dalam saingan Liga Europa musim ini.

Pada perlawanan awal pagi semalam, Bournemouth yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain lebih satu jam masih mampu menyerlahkan kualiti untuk menewaskan Celta Vigo 2-1 sekali gus membolehkan The Cherries memimpin carta liga.

Kejayaan awal pagi semalam juga mengesahkan kemenangan ke 10 berturut-turut Bournemouth dengan pengurus, Marco Rose sudah memberikan ‘lesen’ kepada peminat untuk mula mengimpikan kejuaraan di pentas Eropah.

“Anda sentiasa dibenarkan untuk bermimpi kerana apabila menyertai pertandingan seperti ini, sudah tentu anda mahu mencapai kejayaan terbaik. Namun, kami sedar masih banyak perlawanan perlu diharungi.

“Buat masa ini, sasaran kami adalah menamatkan saingan dalam kelompok lapan terbaik bagi mengelakkan perlawanan tambahan. Kami perlu kekal merendah diri dan terus bekerja keras,” katanya.

Selepas Iago Aspas meletakkan Celta Vigo di depan, Bournemouth dihimpit tekanan apabila Bafode Diakite dilayangkan kad merah, namun situasi itu seakan membangkitkan semangat juang The Cherries hingga memperoleh dua gol daripada Alvaro Rodriguez dan Rayan.

Lebih membanggakan, skuad kendalian Rose itu menjadi pasukan ketiga dalam sejarah yang memenangi lima aksi pertama dalam pertandingan utama Eropah selepas Nuremberg pada musim 1961/62 dan Ararat bagi kempen 1972/73. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN