JUADAH air tangan Bella, popia yang dihidangkan keoada suami dan tetamu di kediamannya baru-baru ini memang mengiurkan netizen.

Sedap sangat popia Bella, ramai minta resipi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KECUR air liur netizen dibuatnya! Itu yang berlaku selepas Bella Astillah memuat naik video memasak popia goreng dalam media sosialnya baru-baru ini.

Dibuat dengan air tangan sendiri, video tersebut membuatkan ramai teruja sehingga ada yang meminta resipi penuh daripada isteri tercinta Syed Saddiq itu.

Namun, momen paling membuatkan ramai tersenyum sendiri apabila melihat Syed Saddiq menikmati juadah air tangan isteri dengan penuh berselera.

“Tolonglah kongsikan resipi penuh Bella, nampak rangup sangat bunyinya sampai YB makan dengan berselera dan tak berhenti!.

“Sumpah terliur dan nampak sedap betul popia goreng Bella, untung YB dapat isteri rajin memasak,” usik netizen.

Meski hanya berkongsi momen menyediakan popia goreng, video yang dikongsi Bella dalam TikTok kini mencecah lebih tiga juta tontonan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN