PENAMPILAN menawan Leona dengan fizikal yang ramping mengundang perhatian ramai.

Kurusnya Leona, ramai pula minta tip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMPENGARUH Kasih Iris Leona sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil lebih kurus berbanding sebelum ini.

Penampilan terkini anak aktor Azhar Sulaiman itu mengundang pelbagai reaksi, malah ruangan komen turut dibanjiri pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui rahsia di sebalik perubahan tersebut.

Ada juga yang meminta Leona berkongsi tip rutin penjagaan diri dan gaya hidupnya.

Namun, segelintir netizen mendakwa perubahan fizikal Leona hasil jalan singkat.

“Wah! Leona sudah kurus, tolong kongsi tip kecilkan badan dan paha.

“Makin cantik Leona, ada iras Siti Saleha,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN