WOOI YIK (kanan) masih belum pulih sepenuhnya masalah kecederaan tumit menyebabkan peluang mereka ke WTF belum dapat disahkan.

Wooi Yik terdesak kembali pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini berperang dengan masa untuk memastikan tahap kecergasan berada pada tahap terbaik menjelang saingan Jelajah Dunia Akhir (WTF) di Hangzhou, China, susulan kecederaan tumit kanan yang masih belum pulih sepenuhnya.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui, pihaknya belum dapat memberikan jaminan sama ada gandingan nombor empat dunia itu mampu beraksi pada kejohanan berprestij berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko terhadap tahap kesihatan pemain.

Menurut Herry, Wooi Yik sudah menjalani proses rehabilitasi serta mendapatkan rawatan dan nasihat pakar perubatan sebaik pulang dari Eropah, namun tahap pemulihannya masih belum mencapai 100 peratus.

Katanya, kecederaan Wooi Yik mengalami kecederaan tersebut pada pusingan pertama Terbuka Perancis bulan lalu, namun kesakitan hanya mula dirasai selepas perlawanan berakhir.

“Kecederaan itu berlaku ketika aksi pusingan pertama menentang pasangan China di Terbuka Perancis. Ketika beraksi dia tidak begitu merasainya, namun kesakitan mula terasa sebaik sahaja tamat perlawanan.

“Dia sudah menjalani rawatan pemulihan dan berjumpa doktor. Kecederaannya tidak terlalu serius walaupun kakinya sempat mengalami sedikit bengkak.

“Setakat ini keadaannya semakin positif dan dia sudah kembali turun ke gelanggang latihan, cuma belum pulih 100 peratus,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Mengulas peluang Aaron-Wooi Yik beraksi di Jelajah Dunia Akhir, Herry mengakui tahap kesediaan fizikal pemain menjadi keutamaan dan tidak akan memaksa mereka beraksi sekiranya keadaan masih belum mengizinkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN