fbpx
Se-young membuktikan dirinya terlalu kebal di sektor perseorangan wanita badminton apabila menang 50 perlawanan secara berterusan.

Kebal, siapa mampu sekat Se-young?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Beberapa tahun lalu sektor perseorangan badminton wanita pernah dianggap paling menarik berbanding sektor-sektor lain kerana pemenangnya tidak boleh diduga tetapi tidak kini apabila dominasi sang ratu dari Korea Selatan An Se-young bagai tidak boleh dihentikan.

Dengan kemenangan Terbuka Perancis baru-baru ini, Se-young membuktikan dirinya terlalu kebal di sektor perseorangan wanita badminton apabila menang 50 perlawanan secara berterusan!

Terdahulu, seminggu sebelumnya di Terbuka Denmark, wanita yang pernah menjadi anak didik jurulatih dari Malaysia, Wong Tat Meng itu sudah pun mencipta sejarah sebagai pemain perseorangan wanita paling banyak meraih gelaran antarabangsa dengan 47 gelaran setelah mengatasi legenda Indonesia, Susi Susanti dengan 46.

Bayangkan, untuk sepanjang tahun 2026 ini dia cuma kalah satu kali daripada 67 perlawanan. Itu pun cuma pada Mac lalu kepada No.2 dunia Wang Zhi Yi pada All England dan kemudian terus menang termasuk telah menumbangkan semula Zhi Yi di separuh akhir Kejohanan Dunia Ogos lalu.

Menariknya juga sepanjang kempen Kejohanan Dunia itu yang membariskan pemain-pemain terhandal dia menang kesemua perlawanan straight set termasuk semasa mengalahkan Akane

Yamaguchi di final. Dalam kalangan pemain wanita, Akane mempunyai rekod terbaik ke atas Se-young dengan 15 kali kemenangan, namun Se-young menang ke atas Akane lagi banyak iaitu 24 kemenangan.

Se-young nyaris dikalahkan pemain No.4 dunia dari China, Chen Yu Fei pada Terbuka Indonesia Jun lalu. Apa yang luar biasa pada kejohanan itu adalah dia yang ketinggalan 10 mata (7-17) pada rubber set mampu ‘melancar mod turbo’ mengejar Yu Fei sehingga dia berjaya mengatasi Yu Fei dengan 23-21.

Rekodnya juga terlalu ampuh ketika bertembung wanita-wanita top 10 sendiri misalnya 15-1 dengan Ratchanok Intanon, 11-0 (PV Sindhu), 8-0 (Tomoka Miyazaki), 7-0 (Nozumi Okuhara) dan 18-0 (Pornpawee Chochuwong).

Baru berusia 24 tahun, dia sudah meraih segala gelaran. Juara Olimpik, juara Dunia, juara Uber, juara Sukan Asia, juara All England (2023), juara World Tour Final yang mana sesetengah pemain legenda lelaki pun tak mampu lakukan. Dia juga kini sudah lebih 100 minggu bergelar pemain No.1 dunia. Dengan kadar kemenangan 98.5 peratus, mengalahkan Se-young kini diibaratkan pemerhati seperti mencari celah di tembok yang makin meninggi.

Nampaknya yang boleh mengalahkannya pada masa ini hanyalah kesakitan, kecederaan atau kondisinya sendiri. Tahun ini dia ada menarik diri antaranya pada Terbuka Jepun Julai lalu kerana kecederaan. Walaupun begitu kemunculannya selepas kecederaan tetaplah juara.

Minggu ini semua peminat badminton tertumpu kepada kampung halamannya iaitu Terbuka Korea dan Se-young ketika ditemu bual usai Terbuka Perancis tidak pasti akan turun atau tidak kerana merasakan ada kesakitan di kakinya.

“Sudah jelas saya amat sukakan kemenangan dan nikmati kegembiraan pada masa ini. Tetapi saya akan cepat-cepat lupakan perasaan itu keesokan harinya,” ujarnya yang tidak pernah hanyut dengan emosi kemenangan.

Untuk tahun ini sahaja setakat ini Se-young sudah merangkul 10 gelaran dalam jelajah badminton dan jika dia turun, di Korea misi memburu yang ke-11. Berjayakah dia atau munculkah seseorang menyekatnya? Sama-sama kita lihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN