fbpx
Abdul Hadi (tengah) ketika ditemui di pekarangan Masjid Rusila, Marang hari ini.

PRN Johor: Pas belum putus guna logo sendiri atau PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Pas masih belum menentukan sama ada akan menggunakan lambang sendiri atau Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kajian sedang dilakukan termasuk maklum balas daripada Pas Johor yang bakal diterima pada Isnin ini.

“Kita akan kaji mana yang lebih baik (penggunaan lambang Pas atau PN) bergantung kepada pengaruh (di Johor).

“Jumlah kerusi (Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi) pun masih belum dimuktamadkan, tidak semestinya semua 56,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Terdahulu sewaktu PRN Johor ke-15 pada Mac 2022, Pas yang mewakili PN hanya memenangi DUN Maharani.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas juga berhasrat untuk bertanding lebih banyak kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan yang juga akan diadakan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas yakin mampu merampas lebih banyak kerusi dalam DUN Negeri Sembilan berikutan prestasi memberangsangkan diraih parti itu pada PRN ke-15 yang berlangsung Ogos 2023.

“PRN (Negeri Sembilan) sebelum ini, Pas menang tiga kerusi (DUN Paroi, Serting dan Gemas). Kita sasar pertambahan kerusi terutama di DUN yang tewas dengan majoriti tipis kurang 1,000 undi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN