fbpx
Annuar bercakap pada sidang media selepas majlis memperkenalkan pemain Kelantan City FC yang bersaing di Liga A1 Semi Pro di Bukit Marak, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Rundingan Pas-UMNO wujud hadapi PRN Negeri Sembilan – Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Rundingan antara Pas dan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan wujud meskipun berlaku percanggahan kenyataan daripada pucuk pimpinan kedua-dua parti itu.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas, Tan Sri Annuar Musa berkata, bentuk kerjasama tersebut akan difahami oleh semua rakyat apabila senarai calon melibatkan kedua-dua parti itu diumumkan.

“UMNO (Barisan Nasional) akan mengumumkan calon malam esok (Rabu) manakala Pas (Perikatan Nasional) sehari kemudian (Khamis). Apabila semua selesai (pengumuman calon) semua akan faham sendiri kenapa bentuk penamaan calon berlaku sedemikian.

“Rundingan dan perbincangan antara Pas dengan UMNO sentiasa berjalan bukan sahaja di Johor malah untuk PRN Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain Kelantan City FC yang bersaing di Liga A1 Semi Pro di Bukit Marak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, Pas akan menggunakan pendekatan berbeza di Negeri Sembilan berbanding dengan Johor.

Katanya, hal ini kerana matlamat utama Pas bersama PN kali ini adalah mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.

“Di Johor, ia lebih tertumpu kepada menyekat kemaraan Pakatan Harapan,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada sebarang perjanjian dimuktamadkan antara UMNO dan Pas susulan dakwaan wujud rundingan kerusi antara kedua-dua parti bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN