fbpx
Pegawai bomba sedang merangka operasi SAR mencari dua beradik yang dikhuatiri hilang di Sungai Paka berhampiran Kampung Beril, Paka hari ini.

Dua beradik dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Paka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Kegirangan empat remaja beriadah di Sungai Paka berhampiran Kampung Beril di sini hari ini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka yang juga adik-beradik dikhuatiri lemas setelah dibawa arus deras.

Kejadian pada pukul 11 pagi itu melibatkan mangsa, Muhammad Aidil Amsar Mohd. Zulnaidi, 14, dan abangnya, Muhammad Amir Ashraf, 15.

Mohd. Aidil Amsar merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, manakala abangnya, Muhammad Amir Ashraf pula pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang.

Dua lagi rakan mereka yang terselamat ialah Muhammad Farish Iqbal Cik Mohana Runasdi, 14, dan Muhammad Afi Naashif Adli Noone, 15.

Komander operasi bomba, Mohd. Rizuan Ramli berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat pada pukul 11.19 pagi.

“Empat remaja itu pergi ke Sungai Paka untuk mandi pada pukul 10.30 pagi. Setengah jam kemudian, mereka hampir lemas, namun Muhammad Farish Iqbal dan Muhammad Afi Naashif berjaya menyelamatkan diri.

“Dua lagi mangsa iaitu Muhammad Aidil Amsar dan Muhammad Amir Ashraf pula hilang dibawa arus,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN