ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan dominasi apabila mengesahkan tempat ke pentas akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KLFC) 4-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Kemenangan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mara dengan agregat besar 8-1 sekali gus menghantar amaran awal kepada bakal lawan mereka di final nanti.
KLFC sekadar memperoleh gol saguhati menerusi tandukan Gallifuoco pada minit ke-63.\
Ajdin Mujagic menutup pesta jaringan JDT dengan gol keempat pada minit ke-88 bagi melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Selatan yang kini hanya menunggu pemenang antara Selangor FC atau Kuching City FC di pentas final.-KOSMO! ONLINE














