PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan Rohingya membuat kecoh didakwa gara-gara ditegur oleh pengawal keselamatan supaya tidak mengemis, dalam kejadian dipercayai di kawasan kondominium mewah di ibu negara.
Menerusi video tular di media sosial, beberapa pengawal keselamatan warga asing dipercayai menegur beberapa kanak-kanak di situ dengan seorang daripadanya membuat kecoh memarahi petugas tersebut.
“Sekarang aku bagitahu abang aku, kau sekejap ya, aku panggil abang aku,” kata budak perempuan tersebut.
Pada video berkenaan, kedengaran suara seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan menceritakan situasi berkenaan.
“Tengok ni Rohingya ni makan banyak, sekarang kacau-kacau,” kata lelaki tersebut.
Video berkenaan mendapat pelbagai maklum balas daripada pelbagai rakyat Malaysia, malah mereka berharap tindakan tegas diambil terhadap warga asing termasuk kanak-kanak yang menjadikan ibu negara sebagai lubuk untuk mengemis wang.
“Panggil polis, tengok apa abang dia boleh buat,” komen seorang pengguna X Hadri.
“Wah berkelakuan gengster. Tolong tangkap mereka,” komen pengguna X Petaitoksf1.
“Kalau jumpa, tak perlu kasihan,” kata Naz. – KOSMO! ONLINE
Pak guard dah tegur baik-baik supaya jangan mengemis, tapi budak Rohingya tu pula naik angin. Makin menjadi jadi puak ni 😅 pic.twitter.com/qthks9GT4i
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 5, 2026














