fbpx
Tangkap layar kejadian yang dipercayai berlaku di Kapar, Klang.

Suspek guna pisau serang warga emas hingga cedera ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Perselisihan faham dipercayai punca seorang lelaki warga emas cedera diserang dengan pisau di sebuah kedai makan di sekitar pekan Kapar di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.09 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 69 tahun cedera di muka dan dada.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati pengadu dan mangsa yang sedang makan didatangi empat lelaki berusia lingkungan 30-an.

“Perselisihan faham dipercayai berlaku apabila pengadu mengabaikan kata-kata kumpulan itu yang menyebabkan salah seorang suspek mengeluarkan sebilah pisau dan menghayunkannya ke arah mangsa.

“Sebelum beredar, kumpulan itu turut mengeluarkan ugutan jenayah mahu menembak pengadu dalam masa terdekat,” katanya malam ini.

Beliau berkata, mangsa kini dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Bertindak atas maklumat, katanya, suspek yang mempunyai 11 rekod jenayah lampau. berjaya ditahan dan direman selama tiga hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Polis kini giat mengesan dua lagi suspek masih bebas,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN