fbpx
Wakil syarikat Homura dan SS Rover bergambar menunjukkan dokumen pemeteraian MoU di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kerjasama Homura, SS Rover teroka teknologi maritim pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Syarikat teknologi ‘deep-tech’ berpangkalan di Jepun, Homura Heavy Industries Corporation (Homura), telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama SS Rover, sebuah syarikat tempatan berpengalaman dalam teknologi dron dan sistem marin.

Usaha sama ini bertujuan untuk membangunkan penyelesaian bersepadu menggunakan kenderaan permukaan tanpa pemandu atau Unmanned Surface Vehicles (USV) untuk kegunaan infrastruktur,keselamatan dan pengurusan bencana di Malaysia.

Ia juga adalah langkah pertama Homura meneroka pasaran antarabangsa,
dengan Malaysia dipilih sebagai rakan strategik utama bagi pengembangan luar Jepun.

Menurut Group Creation Department, Leave a Nest Co., Ltd., Dr. Takumi Jindo, MoU ini memberi tumpuan  kepada pembangunan sistem yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan, termasuk reka bentuk, fungsi dan aplikasi khusus.

“Pendekatan kerjasama ini membolehkan teknologi dibangunkan berdasarkan
keperluan sebenar pengguna, bukan sekadar produk sedia ada.

“Ini kerana Homura mempunyai teknologi dron yang berfungsi di atas
permukaan lautan manakala SS Rover pula merupakan pakar dalam sistem dron bawah
air (underwater drones) bagi kegunaan pemantauan dan pemeriksaan marin,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jindo menerangkan, fokus utama kerjasama ini merangkumi pemantauan sisa laut, penyelenggaraan infrastruktur air seperti empangan bagi mengesan keretakan atau kerosakan struktur, serta kegunaan dalam pengurusan bencana, khususnya banjir yang kerap melanda negara.

Penggunaan USV dilihat mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga
manusia dalam situasi berisiko tinggi, termasuk operasi menyelamat, sekali gus
meningkatkan tahap keselamatan dan keberkesanan tindak balas kecemasan.

“Dengan teknologi dron permukaan air, operasi pemeriksaan dan menyelamat dapat
dilakukan tanpa perlu menghantar anggota ke kawasan berbahaya, sekali gus
mengurangkan risiko keselamatan,” jelasnya lagi.

Pada skala lebih besar, kedua-dua syarikat percaya gabungan kepakaran dan
pertukaran teknologi (technology exchange) ini akan memperkukuh keupayaan inovasi
serta mewujudkan rantaian penyelesaian baharu yang lebih kukuh untuk pasaran
tempatan dan serantau.

Kerjasama strategik Homura  dan SS Rover ini dijangka membuka
peluang baharu dalam penggunaan teknologi maritim pintar di Malaysia, khususnya
dalam aspek kelestarian, keselamatan dan pengurusan infrastruktur kritikal.

Homura adalah peneraju dalam pembangunan USV mudah alih
bagi tujuan pemeriksaan infrastruktur air, pemantauan alam sekitar dan tindak balas
bencana.

Syarikat itu menggabungkan keupayaan pembangunan mekanikal, elektrik
dan perisian secara dalaman, serta diiktiraf sebagai antara pengeluar utama dron
permukaan air berskala tangan di Jepun.

SS Rover pula memiliki kepakaran dalam teknologi dron marin yang beroperasi di dalam
air, khususnya bagi kegunaan sektor ketenteraan, minyak dan gas.

Gabungan kepakaran ini membolehkan kedua-dua pihak membangunkan sistem
integrasi dron permukaan dan bawah air, sekali gus menawarkan penyelesaian yang
lebih menyeluruh kepada pelanggan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI