PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Tokyo, Jepun tengah hari tadi bagi memulakan lawatan rasmi sehingga Rabu ini untuk mengetuai delegasi Malaysia dalam misi Diplomasi Madani.
Beliau berkata, misi berkenaan adalah untuk memperkukuh kerjasama strategik dan keterjaminan tenaga negara tatkala dunia berdepan krisis bekalan dan tenaga global.
“Insya-Allah saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi bagi membincangkan perkembangan hubungan dua hala serta merintis kerjasama baharu Malaysia-Jepun, khususnya dalam bidang ekonomi, pelaburan dan keterjaminan tenaga.
“Saya juga akan menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-31: Future of Asia serta syarahan khas di Universiti Tokyo mengenai cabaran dan masa depan rantau ini dalam landskap global yang semakin mencabar,” katanya pada hantaran Facebook jari ini.
Anwar berkata, beliau berharap misi berkenaan dipermudah dan membawa hasil yang bermanfaat buat rakyat serta negara. – KOSMO! ONLINE














