fbpx
Empat lelaki yang ditahan dalam serbuan di Pulau Tengah, Klang.

Padah langgar zon perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tindakan empat nelayan asing berada di luar kawasan perairan perikanan negara ini tanpa kebenaran memakan diri selepas mereka ditahan pihak berkuasa di Pulau Tengah di sini, kelmarin.

Keempat-empat lelaki terdiri daripada tekong dan tiga kru warga Myanmar berusia 25 hingga 46 tahun itu ditahan ketika menaiki vessel nelayan tempatan pada pukul 5.30 petang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot tersebut ditahan ketika pihaknya melakukan rondaan rutin pada kedudukan 15.3 batu nautika barat daya pulau tersebut.

Menurutnya, semakan mendapati tekong dan seorang kru memiliki dokumen pengenalan diri sah, manakala dua lagi warga asing gagal berbuat demikian.

“Mereka juga tidak mengemukakan permit atau surat kebenaran bekerja atas vessel. Berdasarkan maklumat Sistem Pemantauan Vesel Jabatan Perikanan, bot itu berada di luar kawasan perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran,” katanya hari ini.

Tambahnya, kesemua individu bersama bot dan hasil tangkapan ikan seberat 500 kilogram dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN