fbpx
Keadaan Pantai Tanjung Biru di Port Dickson yang dicemari sisa marin kelmarin.

Nak ‘healing’ pun tak selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Sebahagian pengunjung terpaksa memba­talkan hasrat berkelah di sini selepas kawasan pantai dicemari 15 tan sisa marin yang mencacatkan pemandangan untuk beriadah.

Difahamkan, sisa tersebut terdampar di pantai akibat dibawa air pasang besar.

Tinjauan di Pantai Tanjung Biru mendapati pengunjung terpaksa beriadah dalam keadaan tidak selesa.

Amalia Zulkifli, 29, berkata, dia datang dari Johor bersama anak dan keluarga bagi menikmati keindahan pantai serta bermain air laut.

“Namun, saya terkejut bila tengok banyak sampah serta sisa kayu serta membatalkan hasrat berkelah di sana. Kami kemudian berpindah ke pantai di Batu 4 pula,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Sementara itu, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin berkata, dianggarkan kira-kira 15 tan sisa marin seperti kayu han­yut, ranting, sampah terapung serta pelbagai sisa lain te­lah terkumpul di sembilan lokasi pantai utama.

“Antara Pantai Tanjung Biru, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Desa Lagoon, Pantai Teluk Kemang, Pantai Batu 5, Pantai Bayu, Pantai Avillion, Pantai Saujana dan Pantai Kemang Indah,” katanya.

Ujar Mohd Norlisam, pihaknya telah menggerakkan tenaga kerja dan aset secara berperingkat bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh termasuk menggunakan jentera jengkaut dan beach comber di kawasan yang terjejas teruk.

“SWM Environment akan te­rus memantau keadaan di kese­mua lokasi pantai dari semasa ke semasa serta mengambil tindakan segera sekiranya berlaku damparan sisa marin akibat faktor cuaca dan ombak.

Dalam pada itu, ujarnya, SWM Environment menyeru semua pengunjung dan orang ramai agar bersama-sama memainkan pera­nan menjaga kebersihan dan ke­selesaan kawasan pantai dengan membuang sisa ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN