JAKARTA – Seorang warga emas di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam berdiri di tengah jalan untuk menghalang kenderaan yang melintas, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ndraaaa24_ menunjukkan wanita itu memberhentikan sebuah kenderaan sambil memegang sebatang kayu.
Kayu tersebut digunakan untuk mengancam pengguna jalan raya agar mereka memberikannya wang.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
Perakam menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati ketika menggunakan laluan tersebut. – AGENSI














