fbpx
Anuwal (tengah) turut hadir di lokasi mangsa hilang di Lebuh Bukit Jambul, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

[KEMASKINI] Perselisihan faham duit punca Shahir keluar rumah – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Perselisihan faham dengan ibunya berkaitan wang dipercayai menjadi punca mangsa, Shahir Zainul, 46, keluar dari rumahnya di Bukit Gedung di sini, sebelum dia dilaporkan hilang sejak 10 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, pengadu iaitu ibu mangsa memaklumkan yang anaknya itu keluar dari rumah mereka kira-kira pukul 5 pagi, hari mangsa dilaporkan hilang.

“Berdasarkan siasatan, mangsa ada perselisihan faham dengan ibunya. Dia ada minta duit dengan ibunya tapi wanita itu tak bagi. Disebabkan itu dia keluar dari rumah.

“Ekoran daripada itu, ibunya hadir ke balai pada 12 Jun lalu selepas mendapati anaknya tidak pulang ke rumah selama dua hari. Kita telah jalankan siasatan bagi mengesan individu terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Lebuh Bukit Jambul di sini, hari ini.

Katanya lagi, hasil siasatan lanjut telah membawa kepada penemuan motosikal dan topi keledar milik mangsa di kawasan berhampiran kebun durian di situ. Penemuan itu mungkin menjadi petunjuk terakhir keberadaan mangsa

“Disebabkan lokasi itu berhampiran kebun durian dan ketika ini musim durian, kita tidak menolak kemungkinan mangsa memasuki kawasan hutan berkenaan untuk mengambil durian,” katanya.

Beliau memberitahu, susulan penemuan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR)
bagi mengesan mangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN