fbpx
Sebahagian pengunjung teruja menyaksikan tiga ekor anak harimau Bengal putih di Zoo Kemaman, hari ini.

Tiga anak harimau Bengal putih tarikan baharu Zoo Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Tiga ekor anak harimau Bengal putih menjadi tarikan baharu Zoo Kemaman, di sini dengan haiwan itu mula dipamerkan kepada orang ramai, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, haiwan-haiwan yang berusia empat bulan itu dilahirkan di zoo tersebut hasil pembiakan harimau Bengal putih, iaitu Lela Andika dan Luna Seroja pada 14 Mac lalu.

“Kelahiran tiga anak harimau Bengal jantan ini yang diberi nama Rory, Bima dan DB ini merupakan pencapaian membanggakan kerana ia jarang berlaku bagi spesies harimau Bengal putih.

“Biasanya seekor harimau betina spesies ini hanya melahirkan maksimum dua ekor anak bagi setiap kelahiran namun Luna Seroja melahirkan tiga ekor anak jantan.

“Ini sangat istimewa. Luna Seroja melalui tempoh bunting selama 104 hari,” katanya selepas merasmikan pelepasan anak-anak harimau Bengal putih itu di Zoo Kemaman, di sini hari ini.

Razali berkata, Lela Andika dan Luna Seroja yang berusia dua tahun dan berasal dari Cape Town, Afrika Selatan dibawa ke zoo tersebut pada tahun 2024.

Beliau berkata, sebelum ini, ketiga-tiga anak harimau berkenaan dipantau secara rapi oleh pasukan veterinar dan penjaga haiwan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN